Friday, February 5, 2010

Sukantara .

Hoho . Terus terus cite psl skan ek ? Yela . Da blan 2 , zman orang skan skrg nie =) Malas nk update pasal first day sekolah =D Lebih kurang je dengan orang laen Sy dapat rumah sukan CENDERAWASIH (Betul ke spelling dye ?) Kuning lagi sekali. . Tapi ta pe , psukan kning kt snie bole dktakan hebat . Dye compete dengan psukan biru . Biru 1st , kuning 2nd . Cam tu la . Latihan sukan , mmg best =)) Sebab , mse skola rndah dlu ... Ta bnyk sgt acara . Yg ta de , lontar peluru , lompat tinggi , lari2 pe sume , Ermm..pe lgi ek ? Tu je kowt . First time , sy cbe lontar peluru . Rase cam . . . . Ta twu nk ckp pe . Tpi , mmg ta bole wkil la . Msti batal and ta lpas . Ssah woo . Bola tu berat sgt sgt . Tgok diorang pegang cam ringan tp , ble da pegang 'Ya Allah ! Beratnye !' Tu baru P13 . Kalau P15 ke 18 ke . Aduhai . . Mmang ta larat kowt . 




1st day sukantara . (02022010)

Acaranye : 100 meter and lompat jauuhhh


100 meter . . Tengok kaki la . Ta lepas pun . Hehe . Lagi skit je da nk smpi garisan Pritttt ! Wisel da bunyi . Nak wat cmnekn . . Hmm ,, ta dpat mata lagi . Sorang je yang lepas . 


Lompat jauuhhh . . Harap je  kecik tapi , ta lepas jugak . Ta twu la , npe ? Ta dpat mata lagi =( Padahal , ta de la jauh mne pun . 

~Kene marah , sebab cendrawasih tersangat sangatlah teruk . Dapt tiga mata je . Itupun , sume form1 yang tolong . Form2 . . . .

2nd day sukantara . (03022010)

Acaranye : 200 meter and lontar peluru .  

200 meter . .  * Same mcam 100 meter * 


Lontar peluru . . Hmm..ta lepas jugakk . Huhu . Nk kata sdih , ta sdih pun . Da mmg cbe sdya upya . Mmg . . ta boleh . Bukannya ta bole , , ta de sape nak ajar teknik yang betul . Sykan budak baru belaja .


3rd day sukantara . ( 04022010 ) 


Acaranye : 400 meter and lompat tinggi .


400 meter . .  Kalau 100 meter dengan 200 meter ta lepas , , mestilah 400 meter punnnn ta lepas ='( Huhuhu . Dah la sy yg pling blkang skli . . Cenderawasih lelaki punye la bersmgat jadi penyokong kitorang . Sorry , guys . Korang ermm.. skit la mmbantu Tapi , apakn daya mmg ta bole lpas . Soriee . .

Lompat tinggi . .  Nie yang best nak cite nie . Kalau da bez , , mstilah lepaskan ? Yeayy ! Btul la tu =) Sekurang-kurangnya adlah menyumbang matakan kan kan ? Daripada ta de langsung . Inilah satu satunye ke . . . pe ek ? Nak kata kepakaran , bru 1st time cube . Kelebihan ke ? Ape2 pun , bangga nie . Hehehe . . Ta de la bangga sgt . 1 mata je , apelah sgat . 

Oke . . Tulah cite sukantara saya yang ta seberapa nie . Oh , ye . Nanti ade larian STS lakk . . Merentas desa =D Nie . . Ermm ,, ta larat la . Nak lari . Jalan2 , mnikmati pmndgan je dah la kn . . 

Prefect again ? XD






Thursday, December 31, 2009

Sambung..?

Last entri,sehari sebelum dapat resultkan...? So,hari ni,nak cite pasal tulah. Mesti ramai dah tahu resultnyakan? Takpelah,dengan baik hatinya saya. Saya akan bagitau gak =) Ala..result saya nie,biase-biase je.5A sudaa.. =p Mula-mula tu,mestilah cam rasa tak caye je.Tapi,last last kene caye jugak.Hahaha!Bestla gak dapat 5A..


Pada 23.12.2009,saya ada interview.Saya dapat interview untuk MRSM Ulul Albab di Gemencheh.Ermm..tak banyak cite sangat.Macam biasa la.Nervous and etc.Korang sume pernah kene interview tak? Kalau pernah,macam tulah yg saya rase gak =) 




Rase macam sekejap sangat masa da berlalu (Cehh..!) Betul la..Korang rasa tak? Sekarang baru saya sedar,zaman keseronokan sekolah rendah hanya dalam ingatan saje. =( Tak boleh nak ulang masakan? So,past is past =) Now,start a new life. Hahaha!



Nielah antara kenangan saya di sekolah rendah. Rasenye,tak sempat nak bagi ucapan berjela2 kt diorang sebab nak cepat =( Takpelah,nnti kite wat reunion,k!Luv u guys! 


Nak cite pe lagi,ek...?? Bagi idea sikit.Cepatt..! Sementara,saya masih ada.Hahaha! 

Tak rase macam pendek tak entri nie..?? Hehehe!

Wednesday, November 18, 2009

Menjelma kembali . .

Saya menjelma kembali atas kerajinan jari jemari menaip papan kekunci.Macam-macam peristiwa berlaku yang akan saya cerita.Sudah hampir 6 bulan saya tidak meng'update' blog.Alasannya,tidak perlu diberitahu kerana anda sudah tahu jawapannyakan?


Pertama sekali,beberapa perubahan dah berlaku kat blog ni.Maaflah,kalau kurang menarik.Terima seadanya,ye :) Saya akan sambung Perkhemahan Unit Beruniform pada masa akan datang,ye!


Esok adalah hari yang paling penting lagi genting bagi calon UPSR di seluruh Malaysia kerana keputusan akan diumumkan esok.Siapa yang tak nak 5A?
Jadi..doalah kan saya supaya mendapat keputusan yang cemerlang.


Sampai sini sahaja coretan saya :) Akan disambung bila ada idea mencurah-curah bagaikan air terjun datang :)


p/s: Tak sangka lak ada pelajar SRAB B.P. baca..Alamak,bocor rahsia! :p

Friday, May 29, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform ! (Bahagian 1)

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf diatas ke'lambatan' saya meng'update' blog.Seperti biasa.....SIBUK! Minggu sebelum ini,saya sibuk dengan Peperiksaan Setengah Tahun.Peperiksaan itu adalah penting lagi genting..takkan nak online kowt.Minggu peperiksaan berjalan dengan penuh dugaan dan soalan-soalan yang hebat.Macam-macam fakta dan formula berlegar dalam minda..untuk mencari jawapan yang tepat.Tapi itu semua sudah berlalu..sekarang saya nak cerita pasal PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SRAB SEGAMAT 2009!Perkhemahan ini diadakan selepas peperiksaan. Kiranya perkhemahan itu untuk release tensionlah.



Terus cerita pengalaman,ye! :)


Hari pertama-Saya tinggal di sekolah kerana waktu persekolahan habis pada pukul 12.00 tengah hari dan masa pendaftaran pukul 2.00 petang.Jarak perjalanan antara rumah saya dengan sekolah anggaran dalam 30 minit.Kemas-kemas..rehat-rehat..rasanya tak cukup masa.Jadi tinggal di sekolah.Barang-barang..nanti ibu hantar :) Pendaftaran dan dipendekkan cerita,kami sudah berada di dalam bas.Perjalanan ke Sungai Bantang,Bekok,Labis daripada sekolah saya dalam 45 minit.Kami sampai di sana pukul 4.30 petang.Sempat kami berposing semasa baru tiba di situ.




Selepas taklimat ringkas,kami kena pula pindahkan barang melalui titi yang hanya da beberapa batang kayu yang sudah goyah.Dengan penuh semangatnya,kami pun angkat.Lelaki-lelaki yang gagah perkasa kena diri kat bawah sebab barang-barang yang berat kenalah lelaki yang angkat.(Tengah sibuk angkat barang..sempat lagi mereka curi-curi main air)Kalau kat atas titi tu..alamatnya terbelah dualah.



Selesai proses memindahkan barang,kami menyiapkan diri untuk bersolat Asar.Walaupun dalam hutan,kewajipan ALLAH S.W.T. tetap kami tunaikan.Ada pose sikit..(Masa solat pun ada pose juga ke?)Bukannya apa..gambar kami solat berjemaah sahaja..


Sesi memasang khemah bermula apabila selesai solat Asar.Masa semakin suntuk..kami perlu pantas memasang khemah.Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan .Selesai pembahagian kumpulan,tiba masa untuk kami membersihkan diri atau lebih dikenali sebagai mandi.Kami mandi di sungai.Kami mandi macam tak nak lepas je sungai tu.Sampai kena halau,baru kami akur.Yelah,budak bandar datang hutan.Jakun sikit...Langit sudah bertukar semakin gelap.Malam itu,malam aspirasi seni ataupun dikenali sebagai malam kebudayaan diadakan.Masing-masing menunjukkan bakat.

Persatuan Pengakap dengan tarian shufflenya...
Persatuan Puteri Islam dengan lagu Laskar Pelanginya..
Persatuan Tunas Puteri dengan dikir baratnya..
Persatuan Bulan Sabit Merah dengan lakonannya..

Ada pula pengkritik jemputan.Aduhh,masing-masing kena kritik.Sementara menunggu keputusan..kami mempelajari pelbagai permainan yang menyeronokkan.Akhirnya,Persatuan Pengakap mendapat markah tertinggi sebanyak 45 markah mengalahkan yang lain.Tak sangka pula..tarian shuffle yang pengkritik pilih.Tapi Tunas Puteri tidak jauh ketinggalan,beza dua markah je.Kami dapat mengumpul 43 markah sahaja..

Akan disambung..apabila saya balik dari Tanah Suci Mekah.Saya akan menunaikan umrah yang kali pertama :D Jadi,sepanjang 2 minggu cuti ni saya tiada di Malaysia.INSYALLAH!Saya selamat sampai Malaysia pada 13 Jun.Doakan saya sekeluarga perjalanan pergi dan balik kami dengan lancar.. {Nak tahu lebih lanjut..~CLICK~ }

Friday, May 1, 2009

Macam macam cerita ada.....

Mohon maaf kerana sudah lamaaaaa tak meng'update' blog.Sibuk...sibuk!Itu saja yang saya mampu katakan.Sekarang semuanya sudah berakhir..Now,it's time to STUDY..STUDY and STUDY!Sebelum ini,memang sibuk.Macam macam pertandingan ada..

Ihtifal Sukan dah ceritakan?
Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul?
=Belum!


Kumpulan kami terdiri daripada Tahun 6.Masa untuk berlatih amat ter
had.Jadi kami berlatih bila ada peluang..peluang keemasan ni.Mana boleh terlepas!Hari Jumaat..esoknya pertandingan.Kami masih terkial-kial lagi.Aduh..susah ni!Masih lagi nak mengatur gaya,tempat dan macam macam lagi.Itulah akibatnya kerja last minute lagi...Tapi,usaha kami tidak sia-sia.Akhirnya kami dapat JOHAN!Suara solo memang merdu gile!Boleh meremang bulu roma..bila dengar dia nyanyi.Mungkin kami menang disebabkan gaya dan suara kot?Ntahlah.Hanya juri saja yang tau.

Ini gambar kami yang paling meletop sekali!Ha3..takdelah.Masing masing dengan sijil dan piala.JOHAN tu...

Ok,tutup cerita pasal Maulidur Rasul.
Sekarang cerita pasal IHTIFAL ILLMIAH!


Lepas Maulidur Rasul,sekolah saya digempurkan lagi dengan Pertandingan Ihtifal Illmiah.Pelajar-pelajar Tahun 6 menyibukkan diri lagi.Tahun akhirlah katakan..Nak kumpul sijil banyak banyak!Saya salah seorang daripada wakil wakil sekolah yang bakal mengharumkan nama sekolah.Saya menyertai pertandingan Public Speaking.Tahun lepas,saya menyertai pertandingan Choral Speaking.Dapat tempat ke-3 je.Masa nak ambil hadiah..takut je nak pandang guru besar.Sebab kami ada harapan nak dapat JOHAN.Tahun ni,SRAB SEGAMAT kalah teruk!!Takde satu acara pun yang kami dapat JOHAN.Paling tinggi pun,Naib Johan dan acaranya ialah PUBLIC SPEAKING,NASYID (PEREMPUAN) dan STORY TELLING.



Memang tak puas hati sangat!Patutnya NASYID (PEREMPUAN) jadi hak milik SRAB SEGAMAT!SRAB KOTA TINGGI menang sebab ada MINUS-ONE.Tak adil sangat..sangat!Public Speaking pula,juga patut jadi hak milik SRAB SEGAMAT!SRAB PONTIAN terlebih masa.(Bukan ke DISQUALIFIED!)Arghhh!Menangis budak tu sebab loceng dah bunyi!!!!!!!


Tapi nak buat macammana,nasi sudah menjadi bubur.Dah tak boleh nak buat apa.Masa nak naik pentas untuk ambil hadiah.Saya berharap sangat..Juruacara tersilap sebut nama!Ya..saya perlu berpijak di bumi yang nyata.Tiada apa yang saya boleh lakukan..Selain,ambil hadiah dan turun pentas.Dan ini hadiahnya.....
Oklah..Itu sahaja yang saya mampu cerita.Kalau saya rajin,saya akan cerita lagi.